Thursday, 2024-05-16, 8:30 PMWelcome Guest | RSS
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Perak
Site menu
Section categories
Sumbangan Artikel [6]
Sebarang sumbangan Artikel dari Semua
Our poll
Rate my site
Total of answers: 16
Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Login form

Blog/Sumbangan Artikel


Main » 2010 » July » 23 » 35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah-Part 2
10:59 PM
35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah-Part 2
  1. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  2. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  3. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  4. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  5. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  6. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  7. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  8. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  9. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  10. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  11. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  12. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  13. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  14. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  15. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  16. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  17. Pelbagaikan tempat belajar.
  18. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  19. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  20. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Category: Sumbangan Artikel | Views: 316 | Added by: admin | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]
Search
Calendar
«  July 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Entries archive
Site friends
  • Create a free website
  • Anda adalah pengunjung yang ker Free Counter , Terimakasih.
    SEK. KEB. SUNGAI RUSA, PERAK
    NO. TEL/FAX : 056236524
    EMAIL : sksungairusa.ti@gmail.com
    Copyright MyCorp © 2024Free web hostinguCoz