Tuesday, 2024-04-30, 4:33 AMWelcome Guest | RSS
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Perak
Site menu
Our poll
Rate my site
Total of answers: 16
Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Login form

Site info


SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Bangunan Sk, Sg. Rusa telah didirikan oleh Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1945. Sekolah ini dibina untuk memenuhi keperluan persekolahan anak-anak di Kg. Sungai Rusa dan kampung-kampung di persekitarannya.Bangunan asal telah dibina sekitar tahun 1930 an dan kemudiannya dibina semula selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1950an. Bangunan sekolah pada masa sekarang ini merupakan tapak baru dengan keluasan tiga ekar .Terdapat dua bangunan besar iaitu Bangunan A dan Bangunan B, kantin, bangunan pra sekolah, bangunan stor sukan dan yang terbaru ialah makmal komputer. Bangunan A dibina sekitar tahun 1940an dan merupakan bangunan papan yang masih belum diganti dankemudiannya telah diubahsuai beberapa kali untuk memenuhi keperluan dan keselesaan murid-murid disebabkan oleh keuzuran. Bangunan A ini menempatkan Bilik Guru, Bilik Kemahiran Hidup, kelas Tahun 1, Kelas Tahun 2, Kelas juga Tahun 3 dan Kelas Pemulihan. Sebelum ini, sistem pendawaian elektrik di bangunan ini sering terganggu dan setelah beberapa kali dibaiki, kini ianya sudah dapat berfungsi dengan sempurna. Bangunan B pula, merupakan bangunan yang agak baru dibina hasil gotong royong penduduk kampung pada sekitar tahun 1970an yang menempatkan pejabat, pusat sumber, Kelas Tahun 4, Kelas Tahun 5, Kelas Tahun 6 dan juga pentas. Kantin dan makmal komputer dan bangunan pra sekolah terletak berhampiran di antara satu dengan yang lain. Oleh kerana keaadaan kelas dan kapasiti murid yang mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran, maka sekolah ini hanya menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja iaitu sekolah sessi pagi yang bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga pukul 1.05 tengah hari. Sk.Sungai Rusa merupakan sebuah sekolah luar bandar. Ia dihubungkan dengan laluan lebuh raya Teluk Intan ke Bandar Sitiawan ataupun Bandar Lumut.Jaraknya dari pekan Teluk Intan ialah sejauh 22 kilometer dan kira-kira 4 kilometer dari jalan utama. Laluan ke Teluk Intan boleh dihubungi dengan menggunakan motosikal dan kereta.Jalanraya yang menuju ke sekolah ini sudah semakin baik berbanding pada masa dahulu yang hanya boleh dihubungi melalui jalan air dengan menggunakan bot atau pengangkutan air yang lain. Kedudukan Sk.Sg.Rusa juga berada di sekitar pecahan anak sungai Perak dari Teluk Intan menyusuri sehingga ke Bagan Datoh. Dengan penempatan persekitarannya berhampiran jalan air iaitu Sungai Perak, rata-rata rumah penduduk kampung terletak berhampiran dengan sungai .Tetapi pada masa sekarang, penduduk telah membina rumah mereka berhampiran dengan jalanraya yang baru dibina. Pekerjaan utama penduduk di sini ialah pekebun kelapa sawit, pesawah, melibatkan diri di dalam sektor perkilangan dan juga kaki tangan kerajaan. Pada mulanya, penduduk di sini terdiri daripada masyarakat Kedah dan Perak dan kemudiannya generasi seterusnya sudah bercampur dan dimonopoli oleh Melayu Jawa.

Kata Kata Aluan Guru Besar

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pertama-tamanya, saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dengan limpah petunjuk-Nya, dapat kita membangunkan laman web ini. Memandangkan betapa pentingnya pendidikan yang berkesan ke arah pembentuk generasi akan datang, sekolah dianggap institusi yang mampu menjana maklumat melalui prasarana maklumat terkini. Warga SK Sungai Rusa bertuah dan bernasib baik kerana berpotensi untuk memainkan peranan ke arah menyempurnakan wawasan kerajaan. Dalam erti kata yang lain, prasarana yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar, guru-guru, pentadbiran dan kakitangan sekolah. Saya berharap warga SK Sungai Rusa akan sentiasa ceria dan sentiasa cemerlang dalam semua aspek dan menjadikan teknologi maklumat sebagai penyalur ilmu yang bermanfaat. Apa yang paling penting, setiap individu dapat menjadi penapis iaitu membezakan pendidikan yang baik atau sebaliknya demi pembangunan sahsiah yang mulia dan sekali gus menjayakan wawasan negara. Seterusnya, saya mendoakan kecemerlangan terus dicapai dan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas segala rakaman atau catatan kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Kejayaan menyempurnakan pembangunan website ini membuktikan kesungguhan dan kerjasama semua pihak untuk memertabatkan pendidikan negara amnya dan menjulang nama SK Sungai Rusa ke dalam arus perdana pendidikan khususnya. Sekian. Terima Kasih Hassan Bin Ahmad Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai rusa Teluk Intan, Perak.
Search
Calendar
«  April 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930
Entries archive
Site friends
  • Create a free website
  • Anda adalah pengunjung yang ker Free Counter , Terimakasih.
    SEK. KEB. SUNGAI RUSA, PERAK
    NO. TEL/FAX : 056236524
    EMAIL : sksungairusa.ti@gmail.com
    Copyright MyCorp © 2024Free web hostinguCoz