Thursday, 2024-05-16, 10:44 AMWelcome Guest | RSS
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Perak
Site menu
Section categories
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa Files [11]
Pencapaian Sekolah [1]
Even/Rancangan/Gathering/Pengumuman [0]
Sebarang Rancangan, Pengumuman yang hendak disampaikan.
Our poll
Rate my site
Total of answers: 16
Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Login form

Maklumat Umum


Main » Files » Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa Files

Kata Kata Aluan Guru Besar
2010-07-23, 5:06 PM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pertama-tamanya, saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dengan limpah petunjuk-Nya, dapat kita membangunkan laman web ini. Memandangkan betapa pentingnya pendidikan yang berkesan ke arah pembentuk generasi akan datang, sekolah dianggap institusi yang mampu menjana maklumat melalui prasarana maklumat terkini. Warga SK Sungai Rusa bertuah dan bernasib baik kerana berpotensi untuk memainkan peranan ke arah menyempurnakan wawasan kerajaan. Dalam erti kata yang lain, prasarana  yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar, guru-guru, pentadbiran dan kakitangan sekolah. Saya berharap warga SK Sungai Rusa akan sentiasa ceria dan sentiasa cemerlang dalam semua aspek dan menjadikan teknologi maklumat sebagai penyalur ilmu yang bermanfaat.

Apa yang paling penting, setiap individu dapat menjadi penapis iaitu membezakan pendidikan yang baik atau sebaliknya demi pembangunan sahsiah yang mulia dan sekali gus menjayakan wawasan negara.

Seterusnya, saya mendoakan kecemerlangan terus dicapai dan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas segala rakaman atau catatan kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Kejayaan menyempurnakan pembangunan website ini membuktikan kesungguhan dan kerjasama semua pihak untuk memertabatkan pendidikan negara amnya dan menjulang nama SK Sungai Rusa ke dalam arus perdana pendidikan khususnya.
Sekian.

Terima Kasih

Hassan Bin Ahmad

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Sungai rusa

 Teluk Intan, Perak.

Category: Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa Files | Added by: admin
Views: 436 | Downloads: 0 | Comments: 1 | Rating: 0.0/0
Total comments: 1
1 fira  
0
guru besar hensem

Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]
Search
Site friends
  • Create a free website
  • Anda adalah pengunjung yang ker Free Counter , Terimakasih.
    SEK. KEB. SUNGAI RUSA, PERAK
    NO. TEL/FAX : 056236524
    EMAIL : sksungairusa.ti@gmail.com
    Copyright MyCorp © 2024Free web hostinguCoz